Penuntut IPTA ditahan aktiviti songsang, KPT serah polis

Penuntut IPTA ditahan aktiviti songsang, KPT serah polis

ZAMBRY ABDUL KADIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedia bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) susulan penahanan seorang penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang disyaki terbabit dalam aktiviti hubungan songsang di Pulau Pinang, baru-baru ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menegaskan, kementerian tidak akan melindungi mana-mana pihak jika individu tersebut disabitkan melakukan kesalahan.

“Selagi perkara itu dilakukan di luar lingkup undang-undang, maka kita serahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Apresiasi Festival Idea Putrajaya, di sini hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan seramai 13 lelaki ditahan dalam serbuan di sebuah premis perniagaan di Bandar Perai Jaya, Perai, pada Sabtu lalu.

Daripada jumlah itu, antara yang ditahan termasuk seorang warga emas dan seorang penuntut IPTA. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN