KUALA TERENGGANU: Mahkamah Majistret di sini, hari ini mendenda seorang penganggur sebanyak RM4,000 selepas mengaku bersalah merakam seorang wanita di tandas sebuah pusat beli-belah, bulan lalu. Muhammad Syahmi Mat Ros, 24, membuat pengakuan itu sebaik sahaja pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Iffah Nabihah Mohd Ishak. Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan mengaibkan kehormatan dengan merakam mangsa menggunakan telefon bimbit ketika mangsa berada di dalam tandas wanita. Perbuatan itu dilakukan pada…










