Pemergian Allahyarham Bung Moktar satu kehilangan besar buat rakyat - Afdlin Shauki - Utusan Malaysia

Pemergian Allahyarham Bung Moktar satu kehilangan besar buat rakyat – Afdlin Shauki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon dan penerbit terkenal, Datuk Afdlin Shauki,menyifatkan pemergian ahli politik Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin sebagai satu kehilangan besar kepada rakyat negeri berkenaan serta negara amnya.

Afdlin menyifatkan Bung Mokhtar sebagai seorang figura politik Sabah yang ikonik kerana arwah dikenali kerana ketegasan, keberanian bersuara serta komitmen dalam membangunkan negeri di bawah bayu.

Afdlin menambah, walaupun Allahyarham datang daripada latar politik yang berbeza-beza, jasa serta peranan beliau dalam memperjuangkan kepentingan rakyat Sabah tetap dihormati merentas garis politik.

“Secara peribadi, walaupun saya tidak mengenali beliau secara rapat, saya menghormati setiap insan yang telah mencurahkan tenaga dan dedikasi demi negara ini,” katanya.

Afdlin turut menyatakan bahawa pemergian itu pasti dirasai bukan sahaja oleh keluarga Allahyarham, tetapi juga oleh masyarakat Sabah yang mengikuti perjalanan karier politik beliau sejak sekian lama.

Afdlin dalam pada itu mengucapkan setinggi-tinggi takziah kepada keluarga Allahyarham dan mendoakan agar mereka diberikan kekuatan menghadapi saat penuh ujian tersebut.

“Semoga roh Allahyarham Datuk Seri Bung Mokhtar Radin ditempatkan dalam kalangan para solihin dan orang-orang beriman,” katanya.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah itu menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 1.46 pagi tadi di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu.

Berita sedih pemergian dikongsi anak Allahyarham, Naim Kurniawan Moktar melalui hantaran di Facebook.

Difahamkan, Allahyarham menghadapi kegagalan buah pinggang dan dimasukkan ke hospital sejak pagi semalam.

Selain ahli keluarga, pemimpin politik dan rakan kenalan beliau turut berada di hospital itu sejak berita beliau dimasukkan ke hospital tersebar lewat petang semalam.

Bung Moktar yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17 yang berakhir pada Sabtu lalu.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN