KLANG: Pencemaran yang menyebabkan air Sungai Serdang di Kampung Sungai Serdang sehingga bertukar warna hitam didakwa berpunca daripada pihak tidak bertanggungjawab membuang sisa di bahagian hulu. Hal ini kerana terdapat aliran air berwarna hitam dan berbau minyak dari sebatang anak sungai yang melalui kawasan berhampiran tapak pelupusan sampah haram di Batu 14, Kapar. Tinjauan Utusan Malaysia mendapati wujud kesan minyak terkumpul dan hanyut melalui kawasan di Batu 14 berdekatan sebuah…










