PETALING JAYA: Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Selangor mencapai kesepakatan untuk menggerakkan pembangunan Terminal Ketiga Pelabuhan Klang di Pulau Carey dengan segera. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau yang mempengerusikan mesyuarat berkaitan pembangunan terminal tersebut pagi tadi menyifatkannya sebagai projek strategik penting untuk memperkukuh keupayaan ekonomi dan kedudukan negara dalam sektor pelabuhan serta logistik. “Projek berkenaan telah lama dirancang dan tidak wajar lagi ditangguhkan, justeru persetujuan bersama antara…










