MELAKA: Projek pemasangan pam dengan anggaran kos RM1 juta berhampiran Pintu Kawalan Air Pasang Surut di Klebang Besar di sini akan mengatasi masalah banjir kilat yang sering melanda 15 kawasan penempatan di Melaka Tengah. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klebang, Datuk Lim Ban Hong berkata, projek di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) itu kini di peringkat kajian sebelum mula dilaksanakan tahun depan. Katanya, pemasangan pam berkapasiti tinggi dapat mengurangkan…










