Pekerja FGV mula pindah, keluarkan aset

Pekerja FGV mula tinggalkan ladang

ANGGOTA penguat kuasa menjalankan operasi penyampaian Notis 425 Kanun Tanah Negara (Akta 828) untuk kawasan tanah ladang yang diusahakan secara komersial tanpa kebenaran Kerajaan Negeri Terengganu, pada 30 November lalu. – Facebook DR AZMAN IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Kakitangan FGV Holdings Berhad (FGV) di Setiu dekat sini, mula mengalihkan aset dari pejabat ladang FGC Holdings Berhad (FGV) di Setiu dekat sini, sebelum Kerajaan Negeri Terengganu mengenakan tindakan sitaan.

Ladang-ladang FGV di Setiu adalah antara lokasi terawal operasi penguatkuasaan pada 30 November lalu atas kesalahan mengusahaka
ladang komersial secara haram di bawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara (Akta 828).

Pihak berkuasa juga memasang notis larangan menceroboh tanah di 10 ladang membabitkan kawasan seluas kira-kira 15,000 hektar milik.

Kerajaan Negeri Terengganu sebelum ini memberi empat hari kepada Felda untuk mengalihkan aset dan mengosongkan premis di ladang-ladang FGV sebelum proses sitaan bermula.

Kenderaan pacuan empat roda dan ladang dilihat sibuk mengangkut semua aset boleh ubah dari kawasan Pejabat Ladang FGV.

Anak pokok sawit juga dibawa keluar manakala beberapa pekerja ladang dilihat saling bersalaman sebelum bergerak ke lokasi ditetapkan.

Difahamkan, pekerja terbabjt dipindahkan ke bladang FGV di Pahang, Johor serta negeri lain untuk sementara waktu sehingga isu itu selesai.

Sehingga petang ini, FGV tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara itu.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Task Force Penyelesaian Tanah Felda Terengganu, Datuk Dr. Azman Ibrahim berkata, kerajaan Negeri Terengganu kini memasuki ‘langkah kedua dan ketiga’ dalam tindakan penguatkuasaan undang-undang terhadap isu tuntutan lot ladang-ladang syarikat berkenaan.

Menurut beliau, langkah kedua adalah menghantar Notis Amaran Pendudukan Secara Tak Sah Di Bawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara (KTN) kepada semua enam Ahli Lembaga Pengarah FGV Holdings Bhd. (FGV).

Notis amaran itu dihantar secara Pos Daftar AR dan email.  Mengikut Akta Syarikat, semua BOD (Ahli Lembaga Pengarah) perlu memikul tanggungjawab atas kesalahan yang dilakukan,” katanya dalam kenyataan di Facebook beliau hari ini.

Azman juga menyiarkan sebahagian keratan kandungan notis pengosongan itu.

Menurut Azman, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu yang bersidang hari ini bersetuju supaya pemulangan wang bayaran yang pernah dibayar oleh Felda kepada Kerajaan Negeri Terengganu dilakukan segera.

Katanya, pada 2011, Felda pernah membayar jumlah tertentu yang hanya dipersetujui satu pihak.

Beliau berkata, kerajaan negeri tidak pernah bersetuju dengan jumlah bayaran tersebut dan hanya diletakkan dalam akaun amanah serta tidak direkodkan sebagai hasil negeri.

“Wang tersebut dalam proses dipulangkan semula kepada Felda sebagai sebahagian daripada proses perundangan. 

“Contohnya, bagaimana kerajaan negeri boleh terima premium tanah dengan kadar hanya berjumlah RM1200/ekar. Mengikut Peraturan Tanah Terengganu, kadar premium tanah bagi ladang komersial ialah 5o peratus dari penilaian semasa harga tanah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN