PETALING JAYA: Negara perlu mencapai nisbah satu guru bagi setiap 16 (1:16) kanak-kanak bagi memastikan pendidikan di peringkat prasekolah berkesan dalam membantu pembesaran yang sihat. Pengerusi Pusat Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Hasnah Toran berkata, kerajaan perlu menjaga ratio guru di peringkat prasekolah selari dengan penambahan 350 buah kelas. Kata beliau, jumlah murid yang lebih kecil berbanding di peringkat sekolah rendah itu…










