BUTTERWORTH : Dua individu yang dipercayai pasangan kekasih mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan pecah rumah, lebih dua bulan yang lalu. Tertuduh, Mohammad Zaini Yusoff, 26, dan Nurul Natasha Mohammad Shukri, 22, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah. Berdasarkan pertuduhan, kedua-dua mereka, bersama seorang lagi individu yang masih bebas didakwa telah melakukan pecah rumah…










