PETALING JAYA: Kerajaan dan pihak berkuasa perlu bertindak berdasarkan prinsip Perlembagaan Persekutuan dengan berani dan tulus demi memastikan kehormatan serta kedaulatan Yang di-Pertuan Agong dan raja Melayu terus terpelihara. Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, walaupun Pas akur dengan keputusan badan kehakiman namun hak dan kebebasan bersuara serta memberi pendapat turut dijamin Perlembagaan Persekutuan. Menurutnya, Pas menyokong penuh hak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memfailkan…










