Pas harap terus terajui Perlis

Pas harap terus terajui Perlis

TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pas berharap calon daripada parti itu terus diberi kepercayaan untuk menerajui Kerajaan Negeri Perlis susulan peletakan jawatan Mohd. Shukri Ramli sebagai Menteri Besar atas faktor kesihatan.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, hasrat Mohd. Shukri telah dimaklumkan kepada Presiden dan pimpinan parti dan pihaknya menghormati keputusan beliau.

Menurutnya, setakat ini, daripada 11 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perikatan Nasional (PN), majoriti kerusi masih di bawah PN dan Pas kekal sebagai parti dengan kerusi terbanyak dalam gabungan tersebut.

“Calon Menteri Besar yang baharu wajar daripada Pas. Berhubung soal pengganti, kita menyerahkan sepenuhnya kepada Tuanku Raja Perlis,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia.

Semalam, Mohd Shukri, yang juga ADUN Sanglang dan bekas Pesuruhjaya Pas Perlis, meletakkan jawatannya berkuatkuasa Atas faktor kesihatan.

Tuan Ibrahim berkata, pemilihan calon yang tepat adalah kritikal bagi memastikan kestabilan pentadbiran negeri.

Beliau berkata, kesinambungan pembangunan rakyat Perlis juga bergantung kepada pemilihan pimpinan yang tepat dan mendapat soko­ngan semua pihak.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN