LUMUT: Pantai Teluk Batik di sini, kembali dibuka sepenuhnya kepada orang ramai selepas kerja-kerja baik pulih yang dilaksanakan susulan kejadian hakisan ombak hampir siap sepenuhnya. Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, kawasan yang terkesan sudah siap dibaik pulih melibatkan kerja pembersihan pantai dan pemulihan bentuk muka pantai yang rosak. Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung (MPM), Muhammad Faizal Shah Safian berkata, pihaknya memberi keutamaan kepada aspek keselamatan pengunjung terutama menjelang musim cuti sekolah.…










