PEMINAT siri sains fiksyen Nintendo, Metroid teruja meraikan kemunculan terbaharu permainan video itu selepas menunggu lebih lapan tahun dengan proses pembangunannya yang mencabar. Berasaskan inspirasi daripada filem Alien sejak tajuk pertamanya pada 1986, siri permainan ini mengisahkan pengembaraan pemburu upahan angkasa, Samus Aran dalam pertempurannya menentang makhluk asing Metroid. Sepanjang 15 tajuk diterbitkan, saga ini berkembang daripada platform 2D dan eksplorasi kepada format aksi-pengembaraan orang pertama bermula 2002, ketika Metroid…










