Negara musnah jika gagal didik generasi berintegriti - Azam

Negara musnah jika gagal didik generasi berintegriti – Azam

AZAM BAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Golongan muda terutama lepasan sekolah menengah yang bakal melangkah ke alam institusi pengajian tinggi perlu diberi perhatian serius dalam usaha mendidik dan membentuk generasi masa depan yang beretika dan berintegriti.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, sekiranya golongan itu gagal dibentuk dengan nilai-nilai murni, negara bakal berdepan pelbagai cabaran termasuk dari aspek ekonomi dan pembangunan sahsiah.

“Jika kita gagal mendidik dan membentuk mereka ke arah generasi yang beretika, generasi berintegriti, maka negara kita akan menuju ke arah kemusnahan dalam pelbagai perkara.

“Ia baik dari segi pembangunan ekonomi, sahsiah diri dan sebagainya kerana kita gagal membentuk generasi muda yang baik pada masa akan datang,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Antirasuah Antarabangsa (HARA) Tahun 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Katanya lagi, ketika ini, generasi muda sedang memerhati sama ada perubahan benar-benar berlaku, sedang berlaku atau tidak berlaku langsung.

“Isu ini bukan sekadar mahu memperbaiki Indeks Persepsi Rasuah (CPI) tetapi tanggungjawab kita sebagai penjawat awam memastikan sistem penyampaian kekal diyakini. Perkara remeh jika dibiarkan atau dibesarkan boleh menjejaskan kepercayaan dan akhirnya menjadi isu besar.

“Perkhidmatan awam yang kita harapkan ialah yang relevan, responsif dan mampu melahirkan generasi penjawat awam masa depan yang progresif dan berwawasan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN