KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Parlimen DAP, Tony Pua berkata, keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menjalani tahanan rumah adalah satu keputusan yang wajar dan perlu dibanggakan. Beliau berkata, keputusan itu mencerminkan keadilan dan peranan yang dimainkan DAP dalam usaha menjatuhkan kleptokrasi di negara ini. Malah katanya, Najib perlu bersyukur selepas menerima pengurangan hukuman dan tempoh penjara hasil pengampunan yang diberikan Lembaga Pengampunan sebelum ini.…










