MELAKA: Penggunaan alat pengesan logam akan dilaksanakan di semua sekolah di Melaka dalam usaha mengesan pelajar yang membawa telefon bimbit ke sekolah. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, setakat ini hanya 43 daripada 80 buah sekolah menengah telah menggunakan alat pengesan logam itu. Menurutnya, penggunaan alat tersebut juga akan diperluaskan ke sekolah rendah melalui kerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Melaka. “Penggunaan…










