PETALING JAYA: Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Steven Sim Chee Keong atas sumbangan serta khidmat bakti beliau sepanjang tempoh menerajui Kementerian Sumber Manusia (KESUMA). Presiden MEF, Datuk Dr. Syed Hussain Syed Husman berkata, kepimpinan Steven Sim telah membawa transformasi positif kepada kementerian berkenaan menerusi pendekatan yang inklusif, progresif serta berpaksikan hala tuju masa hadapan. “Beliau bukan sekadar bertindak sebagai pentadbir, sebaliknya tampil sebagai pemimpin…










