ARAU: Kerajaan Negeri Perlis akan mengubah corak dan cara perkhidmatan dengan berteraskan konsep 3B iaitu bangkit, bingkas dan buat. Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah berkata, bangkit, bingkas dan buat adalah trademark untuk pastikan semua dapat menggembleng tenaga dalam menyaksikan kejayaan buat negeri Perlis. Katanya, rombakan exco kerajaan negeri juga sedang diperhalusi buat masa ini dan dijangka selesai dalam tempoh dua minggu. “Barisan exco saya akan bincang dan kemukakan cadangan…










