KUALA LUMPUR: Majlis Amanah Rakyat (MARA) giat memperkukuh pembelajaran pintar serta latihan berkaitan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) bagi memastikan graduan dan usahawan Bumiputera kekal kompetitif dalam ekonomi digital. Pengerusi MARA, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, langkah itu penting memandangkan kira-kira 65 peratus pekerjaan sedia ada hari ini berisiko menjadi tidak relevan dalam tempoh 10 tahun akan datang susulan perkembangan pesat teknologi AI. “Langkah ini bertujuan memperkukuh kefahaman dan aplikasi…










