PUTRAJAYA: Pengurusan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) tidak lagi dibenarkan mengenakan yuran tambahan melampau kepada pelajar susulan aduan ibu bapa berhubung beban kewangan yang semakin menekan, khususnya dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah. Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, garis panduan khusus bagi menyelaras semua kutipan yuran dan bayaran tambahan termasuk yang dikenakan oleh Muafakat, badan setara Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) MRSM, akan dikeluarkan…










