KUALA LUMPUR: Malaysia berupaya menghasilkan sehingga satu juta tan metrik bahan api penerbangan mampan (SAF) menjelang 2028 melalui dua kemudahan pengeluaran dalam negara. Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, ketika ini sebuah syarikat dari Hong Kong, EcoCeres, telah mengendalikan kilang SAF berkapasiti 350,000 tan metrik setahun manakala Petroliam Nasional Bhd (Petronas) pula sedang membangunkan kemudahan baharu dengan kapasiti 650,000 tan metrik. “Apabila kedua-dua kemudahan itu beroperasi…










