PETALING JAYA: Malaysia memikul amanah besar Kepengerusian ASEAN 2025 ketika dunia berdepan keresahan dan ketidaktentuan, namun rantau ini memilih untuk kekal berpaut pada semangat kebersamaan, dialog dan saling menghormati. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Pengerusi ASEAN 2025 berkata, Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 dan Ke-47 menjadi ruang penting untuk menyatukan pandangan serta merapatkan jurang antara negara anggota dalam menghadapi pelbagai cabaran serantau dan global. “Tahun ini turut mencatat detik…









