KOTA KINABALU: Bekas Menteri Perdagangan dan Perindustrian Sabah, Datuk Seri Panglima Madius Tangau dilantik sebagai Pengerusi baharu Kumpulan Palm Oil Industrial Cluster (POIC) Sabah, berkuat kuasa hari ini. Watikah pelantikan beliau disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah, Datuk Ewon Benedick dalam satu majlis ringkas di Dewan Mesyuarat Pejabat Menteri, Wisma Kewangan, di sini hari ini. Dalam majlis yang sama, bekas Pengarah Kastam Sabah,…










