WALAUPUN para idol iaitu gelaran yang diberikan kepada selebriti Korea Selatan telah membina nama dalam bidang lakonan atau nyanyian, namun begitu, mereka mempunyai pengaruh besar dalam cita rasa mereka pakaian dan kecenderungan gaya penampilan.
Di Korea Selatan, ada istilah dipanggil airport fashion atau fesyen di lapangan terbang merujuk kepada pakaian kasual yang disarungkan oleh para selebriti sebelum berlepas ke konsert atau lawatan luar negara. Selain konsert, lapangan terbang juga menjadi antara momen peminat melihat artis kesukaan mereka di jarak dekat.
Di sinilah selalunya fesyen mereka akan dianalisis sekali gus bertindak sebagai pemula trend. Berikut kami senaraikan antara selebriti yang dianggap sebagai trendsetter berpengaruh di Korea Selatan.
V (BTS)
V dikenali dengan interpretasi fesyen artistik selalunya menggabungkan unsur retro seperti potongan seluar atau memakai skaf yang seakan-akan memberi aura old money aesthetic. Penyanyi ini adalah antara yang mempopularkan gaya kot trenc dan skaf sutera yang dipanggil ‘V’s gentleman look’ membuatkan kedai fesyen di Seoul dilaporkan mempunyai peningkatan penjualan item tersebut.
Cha Eun-woo (ASTRO)
Cha Eun-woo memang dikenali dengan imej kemas dan elegan. Dia selalunya tampil cukup hanya kemeja atau sweater sahaja. Namun antara penampilan Cha yang paling tular adalah ketika dia mengenakan sweater biru pastel bersama seluar putih. Gaya ini menerima banyak pujian kerana mencipta imej bersih dan lembut, seakan watak utama drama romantik. Foto itu tersebar pantas di laman sosial dan menjadi antara airport look paling diingati.
Karina (AESPA)
Walaupun bukan di lapangan terbang, penyanyi yang satu ini memang terkenal dengan futuristik tetapi tetap feminin. Karina sering memilih pakaian berwarna gelap, jaket senteng dipadankan dengan denim menampakkan bahagian tubuhnya yang ramping. Fesyennya yang paling popular adalah jaket bomber hitam dengan kasut but.
Trend fesyen ini mendorong ramai peminat wanita muda meniru gaya dark chic terutama bagi peminat generasi baru.
Jennie (BLACKPINK)
Digelar it girl iaitu selebriti yang selalu menjadi rujukan dalam semua sisi baik kerjaya mahupun fesyen, gaya pakaian Jennie dari kumpulan Blackpink antara yang menjadi sebutan kerana dilihat sebati menggabungkan unsur soft minimalism dengan gaya ringkas seperti jaket kulit, kardigan dan baju senteng. Adakalanya, Jennie akan melengkapkan gayanya dengan beg tangan kecil sesuai untuk perjalanan panjang.
Yujin (IVE)
Yujin sering tampil dengan gaya sporty-chic yang membuatkannya nampak lebih muda. Antara penampilannya yang paling diingati adalah jaket varsity merah putih dan baju senteng ringkas. Sebenarnya kalau dilihat, penampilan Yujin itu mengingatkan kita kepada fesyen budak-budak muda di kampus. Yujin dianggap sebagai ikon fesyen remaja, khususnya bagi peminat yang menyukai gaya sporty.










