KOTA BHARU: Reformasi pendidikan tinggi yang sedang dirangka kerajaan untuk memindahkan program Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan matrikulasi daripada Kementerian Pendidikan (KPM) ke Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menimbulkan kebimbangan terhadap masa depan pelajar Melayu di luar bandar. Pengerusi Tetap Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Nik Saiful Adli Burhan berkata, isu berkenaan bukan bersifat politik, sebaliknya menyentuh soal kelangsungan pembangunan pendidikan Melayu yang memerlukan dasar konsisten serta komitmen berterusan kerajaan.…










