PETALING JAYA: Usaha kerajaan memindahkan program Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) ke bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) langkah proaktif bagi membantu pelajar membuat persediaan lebih awal sebelum melangkah ke alam universiti. Timbalan Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia (MINDA UKM), Dr. Anuar Ahmad berkata, inisiatif tersebut adalah keputusan tepat yang mampu memperkukuh landskap pendidikan negara, khususnya bagi laluan prauniversiti. Kata beliau, meletakkan STPM di bawah KPT akan membuat…










