PETALING JAYA: Ketegangan berpanjangan di sempadan Thailand dan Kemboja yang semakin meruncing menuntut ASEAN menilai semula langkah segera termasuk pengaktifan mekanisme ASEAN Troika bagi memastikan kestabilan serantau tidak terjejas. Penganalisis Perhubungan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Dr. Bakri Mat berkata, penyelesaian konflik itu memerlukan pendekatan kolektif ASEAN namun perlu berhati-hati agar tidak melanggar prinsip tidak campur tangan yang dipersetujui negara anggota. Menurutnya, ASEAN mempunyai tanggungjawab moral kerana konflik…










