PETALING JAYA: Pembentukan kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) masih berdepan cabaran besar terutama dari segi persepsi akar umbi. Setiausaha Agung Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub berkata, tempoh dua tahun terakhir sebelum PRU16 merupakan fasa paling kritikal khususnya buat BN dalam memulihkan keyakinan pengundi. Katanya, walaupun kerjasama tersebut wujud dalam konteks pentadbiran kerajaan, laluan untuk mendapatkan keyakinan orang ramai, khususnya penyokong…










