PETALING JAYA: Sistem Pengurusan Latihan Kementerian Pendidikan Malaysia (SPLKPM) yang dibangunkan untuk memudahkan urusan berkaitan latihan guru dan warga pendidik dimansuhkan pada tahun depan. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, langkah itu akan memberi ruang kepercayaan sepenuhnya kepada guru. “KPM mansuhkan Sistem SPLKPM tahun hadapan. Sepenuh kepercayaan diberi kepada guru,” katanya dalam Facebook beliau hari ini. SPLKPM ialah singkatan kepada Sistem Pengurusan Latihan Kementerian Pendidikan Malaysia yang dibangunkan untuk memudahkan urusan…










