PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia akan meneliti dengan lebih cermat unjuran kekurangan jururawat, susulan laporan mendakwa 60 peratus jururawat hilang menjelang 2030 atas pelbagai faktor termasuk berhijrah ke luar negara. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, data menjadi asas unjuran itu baru sahaja diterima dan kementerian memerlukan masa menilai kesahihan serta ketepatan maklumat sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi. “Laporan itu baru diterbitkan hari ini (semalam), maka saya perlu melihat…










