MELAKA: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) meluluskan sebanyak 55 permohonan bina baharu dan 188 permohonan baik pulih rumah di bawah skim Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS) bagi seluruh Melaka tahun ini. Pengerusi Kanan Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin berkata, KKDW telah menetapkan kadar had siling bagi pelaksanaan PPRS, sebanyak RM79,000.00 bagi pembinaan baharu dan RM20,000.00 bagi kerja-kerja baik pulih. Menurutnya,…










