Ketepikan konflik lama, Umie Aida doakan perkahwinan Erra Fazira - Utusan Malaysia

Ketepikan konflik lama, Umie Aida doakan perkahwinan Erra Fazira

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Datin Seri Umie Aida tidak melepaskan peluang memanjatkan doa buat kesejahteraan perkahwinan selebriti, Erra Fazira dengan pasangannya, Ezwan Zain, hari ini.

Ibarat melupakan sengketa lama, Umie atau Umi Khalsum Rahmad Ali, 52, mengharapkan keberkataan hari Jumaat yang mulia dapat memberikan rumah tangga yang terbaik buat sahabatnya itu.

“Selamat pengantin baru Erra Fazira.

“Berkah hari Jumaat, doa buat mu agar peroleb rumah tangga yang sakinah mawaddah warahmah,” tulisnya di Instagram Story.

Umie juga memuat naik gambarnya bersama Erra yang saling berpelukan sambil memakai kaca mata hitam.

Sebelum ini pada 2019, Umie pernah memuat naik rasa kesal terhadap seorang sahabat karib yang didakwa telah mengkhianati diri dan hubungan persahabatan yang dibina.

Malah, Umie juga melabel individu tersebut sebagai ‘kawan palsu’.

Walaupun tidak mendedahkan nama, ketika itu ramai yang mengaitkan hantaran berkenaan dengan pelakon, Erra Fazira.

Tidak lama selepas itu, Erra tampil bersuara memohon kemaafan kepada Umie kerana telah mengkhianatinya untuk kali ketiga.

Erra juga ketika itu berjanji untuk mengubah kekurangan diri sekali gus mengesahkan khabar angin tersebut. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN