PETALING JAYA: Kes tembak yang meragut nyawa tiga lelaki di Durian Tunggal, Melaka, kini disiasat semula di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Jabatan Peguam Negara dalam kenyataan hari ini memaklumkan telah menerima laporan serta taklimat daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan bersetuju agar siasatan kes berkenaan diklasifikasikan semula. “Penelitian awal mendapati beberapa tindakan lanjut masih perlu diambil oleh PDRM bagi melengkapkan siasatan sebelum sebarang keputusan muktamad dibuat,” jelas kenyataan itu.…










