Kes buang bayi bongkar perbuatan sumbang mahram dua beradik

Kes buang bayi bongkar perbuatan sumbang mahram dua beradik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Polis menahan reman seorang remaja lelaki lelaki berusia 14 tahun selama seminggu bermula hari ini bagi membantu siasatan kes membuang bayi yang ditemukan di belakang sebuah rumah di Kampung Alor Lintang, Kampung Raja, Besut dekat sini ahad lalu.

Penemuan bayi itu turut membongkar kes sumbang mahram membabitkan seorang remaja perempuan dan ahli keluarganya.

Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintenden Md. Sani Md. Saleh berkata, siasatan mendedahkan penglibatan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun melakukan persetubuhan sumbang mahram dengan seorang ahli keluarganya sehingga melahirkan anak secara rahsia.

“Bayi ini dibuang oleh suspek selepas dilahirkan dan ditemukan oleh salah seorang penghuni rumah tersebut,” katanya hari ini.

 Md. Sani berkata, susulan itu, polis menahan seorang remaja lelaki bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan dan Seksyen 376B Kanun Keseksaan.

Katanya, kesalahan membuang bayi  boleh membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun.

​”Siasatan turut dijalankan bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan kerana perbuatan sumbang mahram, iaitu hubungan seks oleh individu yang tidak dibenarkan berkahwin oleh hukum agama.

“Seksyen ini membawa hukuman penjara yang sangat berat, iaitu tidak kurang dari enam tahun dan tidak lebih 20 tahun, serta sebatan,” katanya.

Beliau berkata, perbuatan membuang bayi ini adalah tindakan yang tidak berperikemanusiaan dan bercanggah dengan hukum agama serta jelas menafikan hak seorang bayi untuk hidup. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN