KUALA TERENGGANU: Polis menahan reman seorang remaja lelaki lelaki berusia 14 tahun selama seminggu bermula hari ini bagi membantu siasatan kes membuang bayi yang ditemukan di belakang sebuah rumah di Kampung Alor Lintang, Kampung Raja, Besut dekat sini ahad lalu. Penemuan bayi itu turut membongkar kes sumbang mahram membabitkan seorang remaja perempuan dan ahli keluarganya. Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintenden Md. Sani Md. Saleh berkata, siasatan mendedahkan penglibatan…










