KUALA LUMPUR: Kapasiti sistem pembayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bakal ditambah baik dan mencecah 10,000 transaksi seminit bagi memudahkan penerima bantuan kerajaan membuat pembelian. Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, kapasiti sistem pembayaran sudah melalui penambahbaikan yang ketara untuk menangani lonjakan transaksi susulan pelaksanaan Penghargaan SARA dan bantuan SARA bulanan. Berdasarkan prestasi semasa pelaksanaan SARA, kata beliau, transaksi seminit adalah 7,000 berbanding 2,700 transaksi seminit sebelum ini…










