Kerajaan sedia teliti cadangan wujud Kod Etika Pempengaruh

Kerajaan sedia teliti cadangan wujud Kod Etika Pempengaruh

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Komunikasi bersedia meneliti cadangan mewujudkan Kod Etika Pempengaruh media sosial seperti dikemukakan oleh Pakar Perang Saraf serta Penganalisis Keselamatan dan Politik, Dr. Noor Nirwandy Mat Noordin.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, beliau berhasrat untuk mengadakan pertemuan dengan pakar berkenaan bagi memahami cadangan itu secara lebih menyeluruh termasuk dari aspek rasional dan implikasi terhadap ekosistem komunikasi negara.

“Saya berhasrat untuk bertemu dengan pakar tersebut untuk cuba memahami dengan lebih lanjut kerana pada waktu ini kerajaan tidak mengenakan apa-apa syarat lesen atau pun mengawal selia pempengaruh,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Sambutan Hari Antirasuah Antarabangsa (HARA) Tahun 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Menurut jurucakap kerajaan Perpaduan itu, meskipun kerajaan tidak mengenakan lesen atau sebarang bentuk kawal selia terhadap aktiviti pempengaruh ketika ini, perkembangan terkini yang berlaku menimbulkan persoalan tentang standard pelaporan dan tanggungjawab sosial mereka.

Beliau turut merujuk insiden inkues kematian pelajar Tingkatan Tiga, Allahyarham Zara Qairina Mahathir, apabila media rasmi tidak dibenarkan membuat liputan, sebaliknya pempengaruh yang tiada akreditasi diberikan akses.

“Kementerian Komunikasi dan Jabatan Penerangan ada menerima aduan, pihak media rasmi tidak dibenarkan membuat pelaporan tapi ada pempengaruh yang mereka tidak diberikan akreditasi, mereka dapat membuat pelaporan. Jadi kita akan teliti,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN