PETALING JAYA: Sebarang keputusan muktamad rundingan 40 hasil Sabah wajar dibentang, dibahaskan dan dipersetujui di Dewan Undangan Negeri (DUN) memandangkan ia melibatkan hak Perlembagaan negeri. Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata, pelaksanaan hak 40 peratus Sabah mesti dilaksanakan melalui proses Perlembagaan yang jelas, berprinsip dan mempunyai tempoh masa munasabah bagi mengelakkan menjadi sekadar rundingan berlarutan tanpa penyelesaian muktamad. Katanya, wujud kesepakatan di Sabah bahawa hak 40 peratus…










