PETALING JAYA: Kenaikan harga emas dengan campuran (916) dijangka mencecah RM600 segram masa terdekat menggambarkan ketidaktentuan ekonomi global. Pensyarah Kanan Jabatan Ekonomi dan Pengajian Kewangan Fakulti Perniagaan dan Pengurusan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr. Mohamad Idham Md. Razak berkata, lonjakan harga emas membawa implikasi bercampur kepada kedudukan ekonomi sesebuah negara. Katanya, ia boleh mencerminkan tekanan inflasi atau kelemahan mata wang sekali gus menyumbang kepada kenaikan kos import dan harga barangan…










