Kempen Mega Million 2.0 Agrobank lepasi sasaran

Kempen Mega Million 2.0 Agrobank lepasi sasaran, Ar-Rahnu cecah RM1.2 bilion

TENGKU Ahmad Badli Shah Raja Hussin (tiga dari kiri), bersama para pemenang cabutan bulanan Kempen Mega Million 2.0.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kempen Mega Million 2.0 Agrobank mencatat nilai pencapaian keseluruhan produk melepasi sasaran ditetapkan, termasuk deposit berjumlah RM390 juta dan Ar-Rahnu mencecah RM1.2 bilion.

Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, kempen yang menawarkan hadiah bernilai lebih RM2.5 juta itu bukan sahaja mengukuhkan keyakinan pelanggan terhadap produk Agrobank, malah membuktikan keupayaan institusi tersebut menyediakan penyelesaian kewangan yang relevan dan inklusif.

Menurut beliau, prestasi produk lain turut menunjukkan peningkatan ketara apabila Hartani-i dan AgroCash-i masing-masing mencatat lonjakan kepada 122 peratus dan 121 peratus berbanding sasaran asal.

“Pencapaian ini mencerminkan kepercayaan pelanggan terhadap produk-produk Agrobank serta keberkesanan strategi kami dalam memenuhi keperluan kewangan pelbagai segmen pelanggan, khususnya komuniti agro,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Hadiah Kempen Mega Million 2.0, di sini semalam.

Dalam majlis sama, Agrobank menyampaikan hadiah utama Kempen Mega Million 2.0 berupa sebuah Ford Ranger Raptor kepada pemenang bertuah, selain mengiktiraf pemenang bulanan bagi tempoh Ogos hingga Oktober 2025.

Berikutan kejayaan tersebut, Agrobank turut melancarkan Kempen Mega Million 3.0 yang telah bermula pada 1 November 2025 hingga 31 Oktober 2026 dengan tawaran hadiah utama Ford Ranger Raptor serta cabutan bulanan Proton X50.

Kempen terbaharu itu melibatkan langganan pelbagai produk termasuk AgroPrimaS, AgroCash-i, Hartani-i, Ar-Rahnu, Takaful Kasih Plus, Agro Madani, Agro Nurani, penulisan wasiat dan Motor Takaful.

Mengulas lanjut, Tengku Ahmad Badli Shah berkata, Mega Million 3.0 dirangka bagi memperkukuh asas simpanan kos rendah Agrobank, di samping menggalakkan penggunaan kemudahan pembiayaan serta meningkatkan penglibatan pelanggan melalui perkhidmatan Ar-Rahnu dengan tawaran kadar margin yang kompetitif. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN