PHNOM PENH: Kerajaan Kemboja mengarahkan penutupan semua pintu sempadan dengan Thailand berkuat kuasa serta-merta susulan pertempuran yang terus memuncak antara kedua-dua negara jiran itu, meskipun terdapat dakwaan mengenai pelaksanaan gencatan senjata. Kementerian Dalam Negeri Kemboja dalam satu kenyataan memaklumkan, semua pergerakan keluar masuk di sepanjang sempadan Kemboja-Thailand digantung sehingga satu notis baharu dikeluarkan oleh pihak berkuasa. Langkah drastik itu diambil selepas laporan mengenai serangan udara oleh tentera Thailand yang didakwa…










