KUALA LUMPUR: Kembara Sufi Travel & Tours Sdn Bhd melakar satu lagi sejarah baharu apabila dianugerahkan Business Excellence in Travel and Tourism Services Award sempena Bumiputera Business Excellence Awards (BBEA) 2025, yang berlangsung baru-baru ini.
Pengarah Urusan Kembara Sufi Sdn Bhd, Muhammad Al-Fadzil berkata, dia bersyukur atas pengiktirafan tersebut dan menganggap anugerah tersebut sebagai kejayaan manis sejak menubuh syarikat.
“Anugerah ini lebih daripada sekadar pengiktirafan tetapi mencerminkan kepercayaan para pelancong yang telah bersama kami sejak dahulu. Setiap perjalanan kami rangka dan urus berpandukan keyakinan bahawa pengembaraan harus memberi makna, keselamatan dan pengalaman.
“Kami amat bersyukur menerima penghormatan ini dan ia memberi semangat untuk terus berkhidmat dengan keikhlasan dan penuh komitmen. Ini merupakan satu pengiktirafan dan memberikan semangat kepada seluruh pasukan untuk bekerja dengan lebih keras lagi pada masa hadapan.
“Pencapaian ini menandakan satu detik membanggakan bagi syarikat untuk terus komited memberikan pengalaman perjalanan yang bermakna, perkhidmatan berkualiti dan penyelesaian pelancongan yang berfokus kepada pelanggan di seluruh Malaysia,” katanya.
Jelas Muhammad Al-Fadzil, pasukan Kembara Sufi Travel & Tours membina empayar melalui kepercayaaan dan perkhidmatan terbaik yang ditawarkan kepada para pelanggan.
“Setiap pengembaraan diteliti bagi memberikan kepuasan kepada semua sama ada melibatkan perjalanan domestik mahupun antarabngsa. Penekanan kepada pakej mesra Muslim, pakej berkulitkan mahupun perkhidmatan perjalanan korporat diurus dengan baik bagi memberikan kepuasan kepada pelanggan.
“Penekanan dan ketelitian diberikan sejak pengembara di lapangan terbang lagi bagi memberikan bukan sahaja keselesaan tetapi sebuah pengalaman yang akan dikenang sampai bila-bila. Kami memberipenekanan berkaitan makanan halal, waktu solat dan cara bersuci untuk mereka yang bermusafir.
“Industri pelancongan bukan sekadar melihat tempat baharu tetapi ia tentang hubungan, pembelajaran dan mencipta kenangan. Kami berbangga dapat menjadi sebahagian daripada pengalaman itu dan bekerja keras agar setiap perjalanan menjadi lancar dan bermakna,” tambahnya.-UTUSAN









