SUNGAI PETANI: Seorang lelaki yang baru selesai menjalani hukuman penjara atas kesalahan mencuri kabel landasan kereta api sekali lagi diberkas polis kerana kembali aktif melakukan jenayah sama. Kali ini suspek berusia 38 tahun itu bukan dicekup berseorangan, sebaliknya bersama lima lagi rakannya dalam serbuan polis di Jalan Kuala Ketil, pada Khamis lalu. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, kejayaan itu melalui Op Pintu/Lusuh susulan kekerapan kecurian…










