PETALING JAYA: Keluarga Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin berpuas hati selepas Jabatan Peguam Negara (AGC) membuat keputusan mengklasifikasikan semula kes kematian pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) itu di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan membunuh. Peguam mewakili keluarga Allahyarham, Datuk Naran Singh berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu menjalankan siasatan segera. sekali gus mengheret individu terlibat ke muka pengadilan. Katanya, siasatan perlu dilaksanakan daripada pelbagai sudut bagi mencari kebenaran…










