ALOR SETAR: Kedah tidak pernah menganggap bahawa usaha menarik pelaburan ke Kulim Hi-Tech Park (KHTP) yang mencecah RM168 bilion dalam tempoh lima tahun ini hanya usaha kerajaan negeri itu semata-mata. Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, kejayaan itu sebaliknya hasil kerjasama pihaknya dengan pelbagai agensi terutama Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI). Katanya, pencapaian yang diraih itu juga ekoran keyakinan…










