Kaedah pembangunan Terminal Ketiga Pelabuhan Klang dalam kajian

Kaedah pembangunan Terminal Ketiga Pelabuhan Klang dalam kajian

ANTHONY LOKE SIEW FOOK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Pengangkutan sedang memperhalusi kaedah pembangunan terminal ketiga Pelabuhan Klang di Pulau Carey (JPPC).

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, kaedah pembangunan itu diteliti secara menyeluruh sebelum dibentangkan untuk pertimbangan dan kelulusan Jemaah Menteri.

Katanya, secara prinsip kementerian itu sudah mengenal pasti keperluan bagi mempertingkatkan kapasiti masa hadapan Pelabuhan Klang.

“Ia termasuk melalui pembesaran terminal kontena di Pelabuhan Barat dan perancangan pembangunan terminal ketiga di Pulau Carey sebagai pendekatan jangka panjang.

“Pulau Carey dikenal pasti sebagai lokasi sesuai untuk pembinaan terminal baharu berdasarkan kedudukannya yang strategik di Selat Melaka dengan kedalaman semula jadi 18 meter yang mampu menampung kapal-kapal kargo bersaiz ultra,” katanya dalam jawapan bertulis disiarkan di laman rasmi Parlimen.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Amirudin Shari (PH–Gombak) yang meminta penjelasan mengenai status terkini perancangan pembangunan Pelabuhan Ketiga di Pulau Carey termasuk garis masa pelaksanaannya bagi meningkatkan potensi Malaysia sebagai hab kargo Asia Tenggara.

Siew Fook berkata, pembangunan fasa pertama terminal ketiga di Pelabuhan Klang itu dijangka dilaksanakan dalam tempoh pelaksanaan Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK-13).

“Kementerian melalui Jawatankuasa Pemandu Perancangan Pembangunan Terminal Ketiga JPPC akan memperhalusi kaedah pembangunan terminal berkenaan sebelum mencadangkan hala tuju seterusnya untuk pertimbangan dan kelulusan Jemaah Menteri,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN