PETALING JAYA: Rombakan Kabinet baru-baru ini wajar dilihat sebagai sebahagian daripada agenda regenerasi dan pembaharuan kepemimpinan. Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, rombakan itu mencerminkan kesediaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi ruang kepada pemimpin muda yang berpendidikan dan berkelayakan. Katanya, langkah itu dilihat sebagai pelaburan jangka panjang untuk membina lapisan pimpinan yang mampu memikul tanggungjawab dan menyumbang kepada pembangunan negara untuk 10 ke 20 tahun…










