PETALING JAYA: Pembentukan Kabinet Perpaduan Sabah yang baharu bukan sahaja mencerminkan kematangan politik negeri itu, malah menzahirkan kesepaduan serta komitmen kepimpinan dalam memastikan agenda pembangunan Sabah untuk lima tahun akan datang berjalan lancar. Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Tunku Abaidah berkata, kejituan tersebut amat penting dalam memperkukuh hubungan strategik antara Kerajaan Sabah dan Kerajaan Persekutuan bagi menangani pelbagai isu kritikal. Katanya, ia termasuk pembangunan infrastruktur, penyampaian perkhidmatan,…







