PETALING JAYA : Kematian seorang wanita yang mayatnya dimasukkan ke dalam sebuah beg sebelum ditanam di belakang sebuah rumah tidak berpenghuni di Jalan Pedas–Linggi, di sini, semalam, kemungkinan berkaitan masalah wang. Utusan Malaysia difahamkan, siasatan awal dipercayai terdapat pertengkaran di antara suspek dan wanita itu sehingga menyebabkan kematiannya. Selain, berdasarkan laporan bedah siasat yang selesai dilakukan hari ini mendapati wanita itu maut dipercayai akibat dicekik. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis…










