PETALING JAYA: Seramai 11,876 mangsa banjir daripada 3,884 keluarga direkodkan di 101 pusat pemindahan sementara (PPS) di enam negeri setakat pukul 3.10 petang hari ini. Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), antara negeri terbabit ialah Pahang, Terengganu, Johor, Kelantan, Selangor dan Sarawak. Pahang masih merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 10,740 orang melibatkan 3,566 keluarga yang kini ditempatkan di 78 PPS. Daerah yang terjejas termasuk Kuantan, Pekan, Rompin,…










